“Berpakaian Tapi Telanjang” – Zizie Izette Muat Naik Foto Di Instagram, Netizen Tanya ‘Dah Bersara Pakai Tudung Ke?’

Hiburan

“Berpakaian Tapi Telanjang” – Zizie Izette Muat Naik Foto Di Instagram, Netizen Tanya ‘Dah Bersara Pakai Tudung Ke?’

Penampilan terbaru Datin Seri Zizie Izette menerusi gambar dimuat naik olehnya di Instagram baru-baru ini meraih perhatian ramai netizen.

Rata-rata pengikut dan peminatnya di aplikasi itu memuji kecantikannya serta badannya yang makin kurus. Selain netizen, rakan-rakan artis turut memujinya yang dikatakan semakin menawan.

Advertisement

Bukan itu saja, ada segelintir yang meminta tips daripada isteri Datuk Seri Bung Moktar ini dalam penjagaan badan serta rahsia untuk kekal langsing.

Namun, lain pula reaksi netizen di aplikasi Facebook di mana ramai yang menegurnya kerana dilihat tampil tanpa tudung dengan baju yang dikatakan terlalu ketat.

Umum sedia maklum, kakak kepada Shaheizy Sam itu sebelum ini berhijab dan sering menjadi tumpuan kerana ‘taste’ Zizie dalam fesyen.

Sesetengah netizen sempat memerli Zizie di ruangan komen tentang tudungnya yang sudah tidak kelihatan.

Menerusi story dimuat naik oleh Zizie semalam dia dilihat berada di gimnasium bersama Faradhiya dan seorang rakan mereka.

Menerusi video itu, Zizie dilihat tidak bertudung dan hanya memakai hair band untuk menahan rambutnya daripada menganggunya ketika work out.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Elyana putus asa
4 bulan lalu

"Nak Nasihat Tapi Biadap" - Aurat Sering Dipersoal Netizen, Elyana Akui Dah Betul-Betul 'Give Up'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    August 25, 2022 at 3:23 pm

    lain sgt mslhnye. klu xckp name die zizie aku pon xtau die zizie. mate dah xsepet. kening mcm tanam. dlu bukan kening die haluihh melengkung ke atas ke. kening ikot trend dah skg ni.

  2. Anonymous

    August 17, 2022 at 8:39 am

    kening mcm opera hahha

  3. anonymous

    August 16, 2022 at 3:17 pm

    modify selagi boleh kesah apa ‘duit atas angin’ joli sementara masih dapat ‘biasiswa kera jaan’

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...