Beberapa minggu lepas, kecoh apabila Shuk Sahar didedahkan kembali curang dengan Fara Salleh oleh isterinya sendiri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Berikutan dengan hal itu, pelawak itu kemudiannya mengakui bahawa dia sudah berjaya memujuk isterinya selain kembali tinggal bersama di kediaman mereka yang terletak di Puncak Alam, Selangor.
Bahkan lelaki itu ada pulang ke kampung halamannya sebelum bertindak merungkai salah faham di antara dia dan isterinya pada Isnin lalu.
“Sebelum ini saya balik kampung melawat mak ayah saya di Pulau Pinang dan malam semalam (Isnin), saya betul-betul
pujuk Sera (isteri) dan jelaskan semua benda pada dia.”
Jelasnya lagi, kita tidak sepatutnya takut untuk mengaku kesalahan selain mesti cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya.
“Kalau kita berani buat salah, kita jangan takut mengaku kesalahan dan cari penyelesaiannya. Sekarang saya akan buat apa sahaja yang terbaik sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak saya.”
Bahkan pada pagi ini, tular mengenai Shuk yang menyarungkan pakaian pengantin dan mengajak Rossalennah untuk berkahwin semula dengannya semasa siaran langsung pelancaran produk terbaru isterinya itu. Malah, dia turut mengambil kesempatan memujuk isterinya agar kembali berbaik.
Pun begitu, ada suara sumbang yang mengatakan Shuk sengaja menjadikan isu rumah tangganya itu sebagai gimik untuk melariskan produk terbaru itu. Namun lelaki berkeras menafikan spekulasi tersebut.
“Pada saya, kita tak boleh nak betulkan semua orang (tanggapan orang). Takkanlah saya nak gunakan isu rumah tangga sendiri sebagai gimik.”
Semoga Shuk belajar daripada kesilapan lalu.