Jangan Seronok Sangat, Tak Selamanya Kita Akan Di atas – Abby Abadi

Hiburan

Jangan Seronok Sangat, Tak Selamanya Kita Akan Di atas –  Abby Abadi

Perbalahan antara Abby Abadi dan Mas Idayu nampaknya semakin hangat apabila kedua-dua pihak saling memberikan respon balas yang agak panas.

Advertisement

Selepas Mas Idayu menuduh teguran yang dibuat oleh Abby hanya kerana ingin mencari publisiti murahan dan menumpang popularitinya. Kini Abby pula tampil mempertahankan dirinya.

Menurut Abby, pada awalnya beliau tidak tahu bahawa Mas Idayu adalah selebriti yang dikatkana berpelukan dengan pelajar lelaki Akademi Fantasia.

Jelas Abby, beliau sudah tidak hairan dengan dunia hiburan dan jauh sekali untuk menumpang populariti penyanyi dangdut tersebut.

Niat Abby hanya ingin menegur sahaja agar Mas Idayu  agar beliau tidak terlalu seronok dan leka dengan dunia hiburan.

Dalam berdakwah kadang-kadang kita tidak perlu menulis sesuatu secara terbuka yang kadang-kadang menimbulkan api kemarahan orang lain. Masing-masing ada silap mereka sendiri.  Tidak perlu lagi berbalas kenyataan kerana ia secara jujurnya tidak matang.  Lebih baik bertemu secara empat mata agar dapat meluahkan rasa yang terbuku didalam hati.

Sumber Berita : Instagram Abby Abadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...