September 28th, 2016

Nama Mas Idayu dan Abby Abadi sejak beberapa hari lepas telah menjadi viral apabila Abby dikatakan telah menegur tindakan Mas Idayu berpelukan bersama pelajar lelaki Akademi Fantasia.

Tidak boleh menerima cara Abby menegurnya, Mas Idayu menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu kenyataan yang cukup panas terhadap Abby.

Menurut Mas Idayu, tidak salah untuk menegur ataupun mengingati antara satu sama lain tetapi cara Abby itu tidak sesuai.

Buat Mas Idayu, apa yang dilakukan oleh Abby itu semata-mata kerana beliau ingin mencari publisiti murahan dan menumpang populariti penyanyi dangdut tersebut. Tambah beliau lagi, Abby baru sahaja beberapa tahun berhijrah dan beliau tidak perlu terlalu tunjuk alim.

Kami pun tidak mahu memberikan komen lebih mengenai perkara ini, mungkin juga cara teguran Abby Abadi secara terbuka itu tidak sesuai dan mungkin juga Mas Idayu tidak boleh menerima teguran berkenaan.


Comments are closed.

Loading...