Pelakon terkenal Uqasha Senrose menegaskan agar tiada pihak mengaitkan anak tunggalnya, Hawra Uqaira, dalam kemelut rumah tangga bersama suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli.
Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata isu membabitkan rumah tangganya tidak ada kaitan langsung dengan anak, malah dia menegaskan sudah menjaga anaknya sejak lahir.
Tak ada kena mengena dengan anak. Saya jaga dia sejak kecil.
Ketika ditanya mengenai keadaan anaknya, pelakon filem Paku Pontianak itu menjelaskan bahawa Hawra masih kecil dan belum boleh bercakap, termasuk menjawab soalan mengenai bapanya.
Umur dia baru setahun, nak tanya apa.
Sepanjang sesi temu bual, Uqasha dilihat enggan mengulas lanjut dan hanya mengangguk ketika diajukan beberapa soalan lain oleh pihak media.
Sementara itu, peguam syarie mewakilinya, Nurfarhana Abd. Manaf, memaklumkan bahawa anak guamnya mahu memberi fokus terhadap isu utama iaitu tiada persefahaman dalam rumah tangga, dan tidak akan menyentuh hal berkaitan anak.
“Kalau boleh kita tak nak sentuh apa-apa berkaitan isu anak. Antara alasan hari ini ialah tiada persefahaman sahaja, jadi berkaitan anak-anak tak ada kena mengena,” jelasnya.
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh prosiding kedua perceraian pasangan selebriti itu.
Terdahulu, Uqasha memaklumkan dia terpaksa mengorbankan waktu tidur apabila anak perempuannya mengalami batuk berpanjangan sejak beberapa hari lalu.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, pada April tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.