‘Hilang Sabar Dan Tiada Persefahaman’ Punca Utama Uqasha Senrose Fail Cerai, Kamal Adli Tiada Usaha Pujuk

Hiburan

‘Hilang Sabar Dan Tiada Persefahaman’ Punca Utama Uqasha Senrose Fail Cerai, Kamal Adli Tiada Usaha Pujuk

Pelakon Uqasha Senrose hari ini mengejutkan ramai apabila dia dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Kamal Adli pada awal Oktober lalu.

Hadir ke mahkamah syariah hari ini, Uqasha yang ditemani peguamnya, Nurfarhana memaklumkan punca perceraian adalah mereka berdua sudah tidak lagi mempunyai titik persefahaman yang sama.

Advertisement

Apa yang boleh kami katakan, Uqasha sudah tidak boleh bersabar dan tiada persefahaman. Itu sahaja. Tapi kalau kata selepas ini ada jodoh, Alhamdulilla. Ini sahaja jawapan Uqasha.

Malah menurut Farhana lagi, Kamal juga tidak menunjukkan usaha untuk memujuk sepanjang pergolakan rumah tangga mereka berlaku.

Apa yang dimaklumkan Uqasha, tiada pujukan. Saya tak pasti kalau sebaliknya.

Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Rumah Tangga Didakwa Bergolak Sejak April 

Ditemui media, Uqasha berharap agar Kamal hadir memberikan kerjasama sepanjang prosiding perceraian mereka.

Saya cuma harap dia beri kerjasama. Jangan buat tidak hadir begini, saya pun ada kerja saya.

Dalam pada itu, Mahkamah Syariah telah menetapak 28 Oktober ini bagi prosiding kedua perceraian pasangan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Uqasha senrose fail cerai
2025-10-22 10:18:04

Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Rumah Tangga Didakwa Bergolak Sejak April 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar