Pelakon dan juga personaliti TV, Fizo Omar mengakui dirinya terkejut apabila ada sesetengah suami yang menyalahgunakan kuasa talak hanya kerana mereka tidak menyokong pengambilan vaksin.
Ini berikutan tular satu mesej daripada seorang wanita yang was-was dengan status perkahwinannya selepas suaminya berkata akan menjatuhkan talak jika wanita itu mengambil vaksin COVID-19.
View this post on Instagram
Difahamkan, wanita tersebut telah mengambil vaksin secara diam dan terus meminat pendapat para ulama mengenai statusnya sebagai isteri kerana buntu.
Sehubungan dengan itu, Fizo tampil mengecam tindakan suami wanita berkenaan dan menganggap lelaki tersebut tidak patut berbuat demikian.
Kalau betul lah wujudnya si suami macam ni kan.. Abe Joe (Fizo) tak boleh sentuh pasal hukum ni. Tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro, kot ya awak anti-vaksin sekalipun, bukanlah sampai tahap jatuh talak.
Ujarnya lagi, dia pernah meminta pandangan ustaz dan jabatan agama mengenai isu vaksin ini.
Kata Fizo, pengambilan vaksin memang bukan paksaan dan adalah hak individu namun jika seseorang itu tidak ambil dan keputusan itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya adalah haram di sisi agama Islam.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut pelik dengan kewujudan golongan anti vaksin sedangkan suntikan ubat pelali itu telah pun diiktiraf dan halal untuk diambil.
“Allah suka melihat hambaNya ikhtiar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua. Kita buat bahagian kita, dan selebihnya kita serahkan kepada Allah” tulisnya lagi dalam sebuah hantaran Instagram miliknya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.