“Jangan Rapat, Nanti Boxer Pun Kena Ungkit!” Netizen Hidu Kemesraan Zoey Rahman Dan Zarina Sekadar ‘Marketing’

Hiburan

“Jangan Rapat, Nanti Boxer Pun Kena Ungkit!” Netizen Hidu Kemesraan Zoey Rahman Dan Zarina Sekadar ‘Marketing’

Tak ‘ngam’ bak kata netizen, hubungan mesra yang dipaparkan dua selebriti, Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie seperti ada yang tidak kena dan didakwa peminat hanyalah sekadar strategi pemasaran produk semata-mata.

Ujar Zoey yang merupakan usahawan kosmetik kini, tiada kepentingan untuk dia menggunakan teknik ‘marketing’ sedemikian rupa.

Advertisement

zoey rahman dan zarina anjoulie
3 years ago

Netizen Syak Sedang Bercinta, Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Beri Respon

View this post on Instagram

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

“Tak melibatkan marketing produk pun..sebab saya nak kena jaga beberapa client besar. Kalau guna publisiti murahan seperti ini ia akan menjejaskan produk saya sendiri. Lagi pun produk saya sudah dikenali, buat apa nak guna hubungan saya dan Zarina untuk produk pula..”

Terdahulu, menerusi laman Instagram masing-masing, kedua selebriti ini giat memaparkan kata-kata pujian dan aksi mesra antara satu sama lain seolah-olah sedang dilamun cinta.

Malah, ada juga kalangan netizen yang tampil memberi nasihat buat Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman,36, agar berhati-hari jika bercinta dengan Zarina berikutan kontroversi pelakon wanita itu bersama bekas suaminya dahulu.

“Jangan cuba rapat dengan dia..nanti tak fasal dibelikan boxer pun diungkitnya kau tak mampu. Based on true story..” tulis seorang peminat di laman komen.

Dalam pada itu, Zoey berkata dia sudah lama mengenali Zarina ketika sama-sama membintangi Lagenda Budak Setan pada tahun 2010 yang lalu.

Dia juga menganggap Zarina sebagai seorang sahabat yang jujur dan baik hati di sebalik sikap terbuka yang ditonjolkan aktres wanita itu di media sosial.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...