“Jangan Pula Anggap Saya Sombong..” – Dahlia Rizal Tak Selesa Ditarik & Dipegang ‘Followers’ Ketika Bergambar, Mohon Jaga Batas

Kehidupan

“Jangan Pula Anggap Saya Sombong..” – Dahlia Rizal Tak Selesa Ditarik & Dipegang ‘Followers’ Ketika Bergambar, Mohon Jaga Batas

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial popular, Dahlia Rizal menasihati followers yang berjumpa dengannya untuk menjaga batas dan adab ketika ingin berfoto bersama-sama.

Ditarik dan dipegang

Kata Dahlia di Instagram story, dirinya tidak selesa apabila ada yang berkelakuan biadap ketika ingin bergambar dengannya hingga ada yang memaksa tarik dan menyentuh mukanya tanpa kebenaran.

Advertisement

Saya nak ingatkan kepada pengikut saya tentang batas antara saya dan kalian.

 

Beberapa bulan lepas, saya ada melalui benda ni banyak kali juga dimana orang yang saya jumpa nak bergambar akan tarik saya tiba-tiba dan bawa saya ke tempat dorang nak ambil gambar tanpa tanya saya dulu.

 

Ada juga yang terlalu teruja sampai siap pegang kulit muka saya untuk pastikan kulit saya flawless ke tak dan ada yang genggam lengan saya kuat sangat untuk ambil gambar dengan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dahlia Rizal (@dshazall)

Hargai followers

Tambahan pula, isteri kepada pelakon Imran Aqil ini turut berkata dirinya menghargai setiap sokongan yang diberikan oleh followers namun masih ada batas yang perlu diikuti. Menurut Dahlia, dia tidak kisah sekiranya ada yang hendak bergambar cuma harus bertanya dahulu dan meminta izin.

Macam kalian semua tahu, saya memang akan selalu okay kalau kalian nak bergambar atau berborak sikit tapi jangan buat saya tak selesa dengan semua tindakan itu.

 

Saya hargai sangat-sangat kalau kalian boleh tanya saya baik-baik untuk bergambar tanpa perli tarik tangan tiba-tiba, genggam lengan kuat-kuat atau tarik ke mana-mana kalian nak.

 

Saya tak marah cuma nak ingatkan saja, jangan pula anggap saya sombong atau tak nak terima ambil gambar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dahlia Rizal (@dshazall)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aisyah
1 year ago

"Semua Benda Nak Tayang Kenapa?" - 'Influencer' Teruk Dikecam Tak Endah Nasihat Suami, Fokus Baca Komen 'Live'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...