Berlaku curang terhadap pasangan, tidak kira suami atau isteri sememangnya satu perbuatan yang dosa di sisi agama Islam dan sangat dilarang oleh-Nya. Tetapi menuduh pasangan berlaku curang tidak boleh dianggap ringan kerana boleh jatuh ke talak li’an, di mana putusnya hubungan perkahwinan.
Perkembangan terbaru mengenai kemelut rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isteri, Pachara Ipin nampaknya berlanjutan setelah aktor tersebut memfailkan tuntutan nusyuz atas dakwaan isteri mempunyai lelaki lain.
Namun begitu, tuduhan tersebut sememangnya dinafikan oleh Pachara dan dianggap kelakar kerana dirinya hanya mempunyai ramai kawan saja tetapi tidak berlaku curang.
Pachara turut memberitahu pihak media bahawa dia sama sekali tidak akan kembali semula dengan pelakon tersebut akibat terlalu trauma.
Mak saya kata kalau maafkan Afiq sekali lagi, jangan panggil dia sebagai mak lagi.
Dalam pada masa yang sama, harapan wanita itu tetap sama iaitu meminta agar Afiq melepaskannya dengan kadar segera.
Sekadar info, pada 6 April lalu, Pachara menyifatkan Afiq sengaja melengahkan proses permohonan cerai fasakh yang dituntutnya dan memberitahu aktor terbabit pernah mengasarinya hingga mengakibatkan kaki patah.