“Maki Mak Sebab Buang Gambar Jesus Nak Letak Dalam Rumah” – Adik Afiq Muiz Bongkar Cerita Sebenar Mengenai Pachara Apin?

Hiburan

“Maki Mak Sebab Buang Gambar Jesus Nak Letak Dalam Rumah” – Adik Afiq Muiz Bongkar Cerita Sebenar Mengenai Pachara Apin?

Kemelut rumah tangga antara pelakon Afiq Muiz dan isteri, Pachara Apin masih berlarutan malah makin menjadi-jadi apabila adik kepada aktor itu mendedahkan perangai sebenar kakak iparnya di media sosial, semalam.

Adik Afiq yang dikenali sebagai Siraj Azman dan suami, Beto Kusyafiq menulis mengenai perkara itu di ruangan komen Instagram milik Afiq dan mendakwa punca segala kemelut itu adalah Pachara.

Advertisement

Kata Siraj, Pachara pernah mencederakan diri sendiri, mencakar muka dan badan di hadapan ahli keluarga kerana ingin Afiq kesiankan dirinya.

Malah, wanita itu pernah menggigit Afiq seperti anjing liar sehingga meninggalkan parut dan menafikan dakwaan Pachara yang selama ini dia menanggung Afiq sepanjang perkahwinan mereka.

Adik Afiq MuizSumber : Instagram  

Tak payah cakap kau tanggung abang aku, beberapa bulan masa pkp takde job berlakon, selepas habis semua duit simpanan abang aku, mana kau? balik sabah? Tak sanggup susah senang dengan abang aku?

Ohh lupa kau balik Sabah dan enjoy life sampai terlupa kau seorang Islam. Balik Sabah minum arak, makan babi dengan kawan-kawan. Sudah la Pachara.

Siraj juga mendakwa Pachara pernah memarahi ibunya kerana membuang foto Jesus yang diletakkan di rumah Afiq.

Perempuan ni maki mak aku, sebab buang gambar Jesus yang dia nak letak dalam rumah abang aku.

Terdahulu, Pachara mendakwa suami, Afiq Muiz telah menderanya dan tidak memberi nafkah selain curang.

Pachara kemudian telah memfailkan tuntutan cerai secara fasakh kepada pelakon itu.

pachara isteri afiq muiz
1 year ago

"Pengecut! Dayus! Saya Kerja Dia Hanya Main Game Di Rumah" - Pachara Pula Dedah Perangai Afiq Muiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...