“Jangan Mai Macam Taiko Ikan Masin, Jom Jumpa!” – Rasa Difitnah, Izreen Azminda Ajak Intan Saleh ‘Face To Face’

Hiburan

“Jangan Mai Macam Taiko Ikan Masin, Jom Jumpa!” – Rasa Difitnah, Izreen Azminda Ajak Intan Saleh ‘Face To Face’

Hari ini boleh dikatakan konflik diantara pelakon, Izreen Azminda dan bekas madu, Intan Saleh kembali ‘hangat’ setelah kedua-dua belah seperti membalas status melalui Instagram Story.

Intan Saleh
1 year ago

"Buatlah Macam-Macam Bagi Nampak Kita Hina, Macam Dia Takde Aib!" - Intan Saleh Hilang Sabar

Advertisement

Selepas Izreen serta suami, Ude Wahid meluahkan rasa kesal mengenai seorang individu yang sering ‘bercerita’ di platform media sosial, Intan Saleh turut membuat status bahawa dirinya tidak dapat memaafkan pihak belah sana kerana terlalu banyak perkara dilakukan oleh mereka yang susah untuk dilupakan.

Tidak habis disitu, terbaharu Izreen secara terus terang mengajak Intan untuk bertemu dengan mereka secara berhadapan seandainya ada perkara yang masih di pendam.

Malah melalui status pelakon tersebut, dia seperti mendakwa bahawa Intan telah pun ‘memusing’ cerita sebenar hingga menampakkan Izreen serta suami kelihatan teruk di mata orang ramai.

Jangan mai macam taiko ikan masin, kali ni meh jumpa. Aku nak record sesiap supaya takde twist cerita.

Dalam pada itu, Izreen turut mempertahankan diri bahawa dirinya jarang sekali menulis perkara buruk mengenai pihak sana di laman media sosial berbanding Intan yang sering mengaitkan mereka suami isteri biarpun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.

Sekadar info, penceraian di antara Intan Saleh dan Ude Wahid menjadi perhatian ramai suatu ketika dulu setelah dikatakan Izreen Azminda menjadi ‘orang ketiga’ dalam perkahwinan mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...