“Buatlah Macam-Macam Bagi Nampak Kita Hina, Macam Dia Takde Aib!” – Intan Saleh Hilang Sabar

Hiburan

“Buatlah Macam-Macam Bagi Nampak Kita Hina, Macam Dia Takde Aib!” – Intan Saleh Hilang Sabar

Beberapa tahun yang lalu, kisah penceraian Intan Saleh bersama bekas suami, Ude Wahid pernah menjadi topik hangat dikalangan netizen serta media.

Lagi membuatkan kes terbabit ‘panas’ kerana ia melibatkan pelakon, Izreen Azminda yang didakwa sebagai ‘orang ketiga’ dalam perkahwinan.

Advertisement

Terbaharu, Izreen serta suaminya, Ude ada memuat naik status di Instagram Story seakan-akan meluahkan rasa kesal terhadap seseorang dan Intan turut melakukan perkara yang sama.

ig story Intan Saleh

Melalui status yang dilakukan oleh wanita tersebut, dia berkata mempunyai sebab sendiri kenapa masih belum dapat memaafkan perkara sebelum ini serta enggan mengulas secara terperinci kerana melibatkan hal yang tidak sepatutnya diketahui ramai.

Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata itu mengakui dirinya tidak baik dan mempunyai dosa tersendiri tetapi pihak sana tidak perlu mengugut serta sibuk dengan kehidupan orang lain.

Sekadar info, Intan Saleh kini sudah pun hidup bahagia dengan suami baru, Aizam Yahya dan mempunyai cahaya mata lelaki bersama dengannya.

Intan Saleh haram Izreen Azminda 'post' gambar anak
2 years ago

"Belum Selesai Lagi" - Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Haramkan 'Post' Gambar Anak Di IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...