Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia yang memutuskan untuk keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Peminat Zii Jia juga dilihat menyokong tindakan Zii Jia dan ada pula yang mendakwa BAM tidak telus dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Datuk Rashid Sidek mempunyai pandangan yang berbeza dimana beliau tidak gemar dengan keputusan dilakukan Zii Jia kerana baginya BAM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemain muda 23 tahun itu untuk mengelak jadi ikutan pemain lain.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Rashid turut berkata BAM perlu mengenakan hukuman gantung kepada Zii Jia agar tidak boleh menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh tertentu.
Rashid turut meluahkan rasa kecewa dan memberikan peringatan kepada juara All England 2020 agar tidak lupa daratan dan perlu ingat pencapaian yang dicapai sekarang bukan kerana dirinya sahaja tetapi apa yang telah dilaburkan BAM dari dia kecil hingga remaja.
Bila sekarang sudah berada di atas, jangan pula cakap yang dia bagus sebab diri sendri. Dia kena ingat siapa rakan sepelatih dia, jurulatih dia, di mana dia tinggal.
Tambahan lagi, beliau berkata Zii Jia yang baru mula kerjayanya tidak boleh dibandingkan dengan bekas jaguh perseorangan lelaki negara iaitu Datuk Lee Chong Wei yang mendapat keistimewaan dari BAM selepas meraih pemain nombor satu dunia untuk tempoh beberapa tahun.
Katanya lagi, jika benar pemain badminton muda itu mahu dilayani istimewa, dia perlu membuktikan kredibilitinya terlebih dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.