Terlalu Banyak Tekanan Diterima, Lee Zii Jia Letak Jawatan Sebagai Pemain BAM

Berita

Terlalu Banyak Tekanan Diterima, Lee Zii Jia Letak Jawatan Sebagai Pemain BAM

Dikenali serta disukai ramai, pemain badminton perseorangan negara iaitu Lee Zii Jia sudah menghantar surat perletakan jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Hal perletakan jawatan pemain nombor tujuh dunia tersebut disahkan sendiri oleh Presiden BAM iaitu Norza Zakaria ketika ditemu bual oleh pihak Free Malaysia Today.

Advertisement

Dia tidak dapat menerima tekanan dan dia mahu mencapai impiannya sendiri mengikut rentaknya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lee Zii Jia ??? (@leeziijia)

Sebelum ini, pemain badminton tersebut ditemui oleh pihak pemberita di Akademi Badminton Malaysia, tidak mendedahkan masa depannya dengan badan kebangsaan itu, namun berkata jika dia seseorang pemberontak, mereka tidak akan melihat dirinya di pusat latihan terbabit.

Menurutnya ketika itu, sebarang pengumumam serta pertanyaan tentang masa depannya dengan badan berkenaan akan dijawab sendiri oleh pihak BAM.

Sekadar info, pemain badminton perseorangan yang berasal dari Kedah itu menjadi pemain perseorangan lelaki ketiga Malaysia yang memenangi gelaran juara All England selepas menewaskan pihak Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir, Mac tahun lalu.

3 years ago

BAM Hadiahkan Wang Tunai Sebanyak RM30,000 Kepada Lee Zii Jia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...