Tiba-tiba sahaja tiada angin tiada ribut nama seorang peserta realiti TV Hero Remaja ‘dipetik’ seorang pengguna media sosial di mana individu tersebut mendakwa peserta Hero Remaja itu telah melakukan perbuatan tidak senonoh.
Malah, namanya turut berlegar-legar di media sosial ketika ini berikutan tuduhan yang dirasakan agak berat jika ianya tidak benar.
Menerusi satu ciapan individu itu, peserta Hero Remaja itu dikatakan ‘lari dari masalah’ dan enggan bertanggungjawab di atas tindakannya itu.
“Menyentuh orang lain tanpa persetujuan adalah salah di sisi undang-undang dan ianya jenayah walaupun si dia adalah kekasih anda.” tulis individu tersebut.
Meskipun nama peserta Hero Remaja tersebut turut di’tag’ oleh individu tersebut, namun sehingga sekarang masih belum ada kenyataan daripada dirinya yang kini bergelar seorang pelakon itu.