“Buang Jelah Gelaran Da’i Tu..” – Seronok Joget Di TikTok, Da’i Syed Dikecam Netizen

Hiburan

“Buang Jelah Gelaran Da’i Tu..” – Seronok Joget Di TikTok, Da’i Syed Dikecam Netizen

Setelah hampir sebulan tidak memunculkan diri di platform TikTok, pendakwah selebriti Da’i Syed akhirnya memuat naik sebuah video dirinya sedang menari bersama seorang lelaki dengan menggunakan lagu viral di platform terbabit.

Bagaimanapun, kemunculan beliau secara tiba-tiba dengan memuat naik video menari itu tidak diterima mesra oleh netizen.

Advertisement

Menurut para netizen di ruangan komen, jejaka tersebut tidak melambangkan sebagai seorang pendakwah ataupun da’i apabila berpelakuan seperti itu.

Sesetengah netizen berasa keliru dengan maksud Da’i yang digunakan oleh pendakwah itu dan tidak kurang juga ada yang mengatakan sudah block akaun TikTok Da’i Syed itu sebelum ini, tapi masih muncul di halamannya.

komen tiktok

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen positif di ruangan komen video terbabit dengan mengatakan kelakuan Da’i Syed menari sedemikian sungguh comel dan kelakar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Copy Design Orang Lain Macam Takde Maruah" - Sahabat Puji Vivy Yusof 'A Strong Person', Terima Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...