Jangan Kalut! Duit Tiba-Tiba Hilang Dalam Akaun Bank, Ini Cara Anda Dapatkan Wang Anda Semula!

Kehidupan

Jangan Kalut! Duit Tiba-Tiba Hilang Dalam Akaun Bank, Ini Cara Anda Dapatkan Wang Anda Semula!

Sejak kebelakangan ini, kita sering diperdengarkan dengan kes-kes duit yang tiba-tiba hilang dalam akaun bank sekaligus mencetuskan panik buat sesiapa yang mengalaminya.

Namun begitu, perkongsian daripada seorang pengguna Twitter @anissurayaaa baru-baru ini mungkin dapat membantu anda dan juga menambah sedikit pengetahuan tentang cara untuk anda dapatkan semula duit yang ‘lesap’ itu

Advertisement

Menurut Anis, apa yang penting adalah jangan panik dan ikuti langkah-langkah yang disediakan.

1. Call nombor di belakang kad bank

2.Tangkap layar (Screenshot) semua transaksi dan ‘highlight’ yang urusniaga mana tidak diketahui untuk siasatan selanjutnya.

3. Muat Turun ‘Dispute Form’ di carian Google

Dispute FormSumber : Google  

Langkah ini adalah penting kerana pusat khidmat pelanggan tidak akan menyebut mengenai hal ini.

4. E-mel ‘Dispute Form’ yang diisi kepada pihak berkaitan.

Hantar borang yang diisi itu bersama-sama dengan tangkap layar urusniaga perniagaan kepada bank dan cc kepada Bank Negara Malaysia ([email protected])

5. Pergi bank untuk buat kad baru.

6. Tunggu duit masuk.

Setelah melakukan segala langkah-langkah di atas, tunggu e-mel maklum balas dan tunggu duit yang hilang tersebut masuk ke akaun bank.

Selamat mencuba!

3 years ago

Tular Jual Telefon ‘Secondhand’ Dekat Pelanggan, Syarikat Terkenal Barangan Elektronik Pertahan Reputasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...