Tular Jual Telefon ‘Secondhand’ Dekat Pelanggan, Syarikat Terkenal Barangan Elektronik Pertahan Reputasi

Berita

Tular Jual Telefon ‘Secondhand’ Dekat Pelanggan, Syarikat Terkenal Barangan Elektronik Pertahan Reputasi

Baru-baru ini tular tentang seorang lelaki yang mendakwa dirinya telah ditipu oleh sebuah kedai barangan elektronik yang terkenal di Malaysia dikatakan menjual telefon bimbit ‘secondhand‘ kepada lelaki itu.

Oleh kerana isu berkenaan telah ‘viral‘ di TikTok, syarikat berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan mempertahankan reputasinya dalam menjual barangan elektronik.

Advertisement

Menurut kenyataan syarikat tersebut, siasatan telah dijalankan bersama rakan kongsi syarikat itu iaitu jenama telefon terkenal daripada China menyatakan bahawa telefon yang telah dijual kepada pelanggan berkenaan merupakan unit baru.

Selain itu, syarikat itu juga mengeluarkan kenyataan bahawa pelanggan juga telah memeriksa keadaan telefon ketika proses pembelian dan telah dibuktikan dalam rakaman video kedai sendiri.

Pelanggan juga dikatakan menerima penjelasan dari syarikat telefon terkenal terbabit tentang unit telefon yang dibeli.

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet ‘menyerang’ kenyataan syarikat itu yang dikatakan sebagai sombong dan tidak positif.

2 years ago

(VIDEO) Kedai Barangan Elektronik Terkenal 'Kantoi' Jual Barang 'Secondhand' Dekat Pelanggan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...