“Jangan Jadi Pendengki” – Dituduh Tak Matang Dan ‘Gatal’, Ini Jawapan Shila Amzah

Hiburan

“Jangan Jadi Pendengki” – Dituduh Tak Matang Dan ‘Gatal’, Ini Jawapan Shila Amzah

Penyanyi yang kembali menyinar setelah sekian lama menyepi, Shila Amzah baru-baru ini ada membuat sesi beramah mesra bersama peminat di laman Instagram Story miliknya.

Shila dilihat rajin menjawab soalan peminat selain berkongsi mengenai perkembangan karier dan juga aktiviti hariannya bersama anak kesayangan, Seth Uwais.

Advertisement

Namun, satu pertanyaan oleh seorang individu telah mengundang pelbagai reaksi peminat yang menganggap ia tidak patut ditanya dan kelihatan agak sensitif.

Kata individu yang tidak dikenali itu, Shila seperti sudah tidak sabar untuk mencari lelaki dan tidak matang serta seolah-olah terlalu ‘gatal’.

Enggan berdiam diri, Shila kemudiannya memberi respon meskipun berasa kecewa kerana diajukan soalan sedemikian rupa.

Shila Amzah hatersSumber : Instagram  

Kata penyanyi lagu Patah Seribu ini, dia tidak pernah bercakap mengenai soal jodoh secara berlebihan dan kini hidup gembira meskipun memegang status ibu tunggal.

Dia dalam pada itu turut menasihati mereka di luar sana yang tidak senang melihat kebahagiannya kini agar membuang jauh perasaan dengki kerana kelak akan binasa diri.

Terdahulu, Shila pernah memaklumkan bahawa dia banyak menerima mesej berbaur kecaman setelah bercerai selain dikritik kerana dilihat lebih ‘berisi’ berbanding sebelum ini.

Berikutan itu, Shila mula mengamalkan gaya hidup sihat dan mengakui sudah enggan melayan kata-kata buruk daripada netizen.

shila
3 years ago

"'Please' Bagi Sha Ruang, Iddah Pun Belum Habis Lagi.." - Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...