“Jangan Jadi Hamba Duit..” – Individu Anggap Hidup ‘Childfree’ Kurangkan Beban, Wanita Nasihat Jangan Meragui Rezeki Tuhan

Kehidupan

“Jangan Jadi Hamba Duit..” – Individu Anggap Hidup ‘Childfree’ Kurangkan Beban, Wanita Nasihat Jangan Meragui Rezeki Tuhan

Memiliki zuriat sudah tentu sesuatu yang paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Namun begitu, fenomena childfree yang semakin tular ini mengundang pelbagai pandangan daripada orang ramai.

Mempunyai anak memerlukan banyak duit

Justeru itu, tular satu kenyataan daripada seorang individu yang mencemburui ahli keluarganya yang mempraktikkan childfree. Malah, dia juga menganggap memiliki anak ini memerlukan duit yang banyak.

Advertisement

Sepupu aku childfree. Best sebab tak ada tanggungan. Duit banyak habis kat diaorang je. Takyah serabut fikir orang lain.

 

Ni balik, kena saving untuk anaklah, fikir simpan anak nak masuk universiti, asrama la, beban.

fenomena childfree anggap anak beban

Jangan anggap anak sebagai beban

Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah mengundang seorang kaunselor laktasi bernama Nad Masrom yang menyatakan rasa tidak setuju dengan hal tersebut.

Menurutnya, tidak salah jika ada rancangan untuk tidak menambah anak atas faktor-faktor tertentu tetapi tidak wajar untuk menganggap zuriat itu sebagai beban.

Kalau merancang untuk tidak tambah anak atas faktor ekonomi, faktor kesihatan, faktor keselamatan rahim ibu dan lain-lain itu memang wajar. Tetapi bukan menghalang matlamat perkahwinan untuk ada zuriat keturunan.
Tetapi tidaklah kita ini memberi pandangan seolah-olah anak itu satu perkara yang membebankan sehingga menghabiskan duit kita.
Menurutnya, pasangan di luar sana harus memahami tujuan perkahwinan dan tidak menjadikan duit itu faktor dalam segala perkara hingga meragui rezeki yang diberikan Allah SWT.
Hidup berdua pun saving kalau simpan sejuta ringgit pun tetap boleh habis dik kalau Allah mahukan. Jangan jadi hamba duit.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Budak 12 tahun bertunang dengan duda anak 1
4 weeks ago

Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Bertunang Dengan Duda Anak Satu - "Tiada Yang Pelik, Sudah Biasa Macam Ni"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...