Penyanyi dangdut yang sering saja mencipta kontroversi, Baby Shima tampil memberi sedikit komen setelah dia dikecam teruk gara-gara meluahkan hasrat untuk menjadi model pakaian dalam di Instagram, baru-baru ini.
Ujar Shima yang kini berada di Indonesia atas urusan kerja, dia sedar dia akan dikecam dan dikritik setiap kali berkongsi mengenai aktiviti harian di media sosial.
View this post on Instagram
Namun begitu, katanya, dia sudah kalis dengan kecaman kerana ia adalah asam garam dalam dunia hiburan.
Sebenarnya posting itu saya saja perli. Tapi tak sangka netizen ambil serius pula.
Bila saya buat apa saja, mesti netizen nak bising. Tapi saya okay saja kena kecam. Jangan jadi artis kalau tak boleh kena kecam.
Terdahulu, Baby Shima meluahkan rasa terkilan kerana dia tidak dipanggil untuk menjadi model pakaian dalam jenama popular, Calvin Klein.
Kata penyanyi lagu Baby Sayang itu lagi, dia berasa cemburu apabila ramai netizen tampil memuji selebriti yang memperagakan baju dalam jenama tersebut di Instagram.
Malah, dia juga dilihat mengenakan seluar panjang berwarna coklat cerah seperti kulit sehingga menampakkan dia seperti bertelanjang telah mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.