Pelakon Raja Atiq yang dahulunya pernah terpalit dengan kontroversi hubungan cinta sejenis sekali lagi dihentam netizen gara-gara dituduh meniru konten memasak Nur Sajat di TikTok.
Baru-baru ini, pelakon drama Nur itu ada mengadakan sesi live TiKTok memasak dengan bantuan netizen di media sosial.
Maklum dengan kontroversi itu, Raja Atiq tampil membuat kenyataan membidas kata-kata netizen itu.
Ujarnya, konten memasak di live TikTok itu sudah lama wujud dan bukannya dimulakan usahawan kosmetik itu.
Aku dah lama nak belajar masak. Ya betul memang sangat banyak tutorial dekat Youtube, TikTok, dan platform lain banyak sangatlah orang kata, yang menjadi permasalahan sekarang, ‘ni trend tiru konten Sajat ke apa?
Menganggap sesetengah netizen memang gemar mencari pasal dan masalah dengan selebriti seperti dirinya, Raja Atiq memohon agar mereka memberhentikan segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.
Jangan ingat aku koyak buat statement ni pulak. Sebab aku lagi suka orang macam kau fitnah aku, tuhan balas balik naikkan viewers aku. Sebelum apa-apa tengok dulu live orang, main beduk je fitnah ishh, thanks naikkan aku.”
Terdahulu, Sajat telah mencuri perhatian warga maya apabila dia dilihat menangis terharu kerana berjaya membuat kuih tradisional iaitu seri muka hasil tunjuk ajar netizen di TikTok.
Video itu kemudiannya menjadi tular dek kerana emosi yang ditunjukkan Sajat ketika menikmati kuih itu telah membuatkan netizen simpati kepada dirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.