“Kadang Tu Nak Ajar Suami..” – Linda Hashim Dan Beego Tumpang Gembira Farid & Diana Kembali Rujuk

Hiburan

“Kadang Tu Nak Ajar Suami..” – Linda Hashim Dan Beego Tumpang Gembira Farid & Diana Kembali Rujuk

Pelakon Linda Hashim dan suami, aktor Beego turut berasa gembira apabila rakan artis, pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle mengambil keputusan untuk kembali bersama baru-baru ini.

Ujar Linda yang ditemui Harian Metro, keputusan untuk rujuk semula itu boleh dicapai jika kedua-duanya saling merendahkan ego.

Advertisement

Saya sebenarnya gembira apabila baca cerita Farid dan Diana kembali rujuk serta bersama. Saya ada beritahu Beego dan dia senyum tanda gembira dengan keputusan mereka.

Bagi saya, mereka sama-sama buang ego sebenarnya. Kalau ada ego, mereka takkan dapat berbaik semula macam sekarang.

Kata Linda, situasi yang dihadapi Diana dan Farid itu adalah sama seperti keadaan yang dialami dia dan suami sebelum ini.

Apa yang berlaku kepada mereka sama juga dengan yang kami alami. Kami bercerai sekitar tiga minggu sebelum ambil keputusan untuk rujuk semula.

Benda itu kena buang, masing-masing kena ada kesedaran dan ambil sebagai pengajaran. Sebab tak semua orang nak bercerai dalam rumah tangga.

Terdahulu, Linda dan Beego telah mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Diana Danielle Farid Kamil
7 months ago

Patutlah Mesra Macam Suami Isteri, Farid Kamil Dan Diana Danielle Sudah Rujuk 31 Ogos Lalu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...