Jangan Heret Bab Agama Dengan Isu Seksi, Saya Hanya Ingin Jadi Diri Sendiri – Tasha Shilla

Hiburan

Jangan Heret  Bab Agama Dengan Isu Seksi, Saya Hanya Ingin Jadi Diri Sendiri – Tasha Shilla

Tasha Shilla nampaknya tahun ini cukup terkenal dengan beberapa siri kontroversi daripada dikatakan mabuk dan mengganggu teman wanita bekas kekasihnya di sebuah kelab malam sehinggalah cara pakaian beliau yang agak seksi dan melampau. Dengan kontroversi yang sering menghimpit dirinya, ramai yang tertanya adakah jiwa Tasha sedang memberontak?

Advertisement

Walaubagaimanapun, menurut Tasha beliau hanya ingin menjadi diri sendiri  dan percaya setiap kritikan yang diterima adalah harga yang perlu beliau bayar apabila menjadi artis. Pasti sahaja ada mata yang ingin mencari kesalah beliau dan setiap perkara beliau lakukan mendapat perhatian ramai.

Saya anggap ini mahu atau tidak menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya. Orang sudah kenal saya sebagai Tasha Shilla. Jadi pastinya setiap gerak geri dan apa sahaja mengenai saya, orang nak ambil tahu. Tetapi apabila kita jadi diri sendiri, orang mula skeptikal dan salah faham.

Sepatutnya kenalilah diri sendiri dahulu sebelum nak kenal orang lain atau sebelum nak nasihat orang, tengok dahulu diri sendiri.

Dalam hidup ini kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Cuma sekarang ini saya selesa begini, saya harap terimalah diri ini seadanya. Saya menerima komen semua termasuk di laman Instagram dengan hati terbuka. Sama-sama doa yang terbaik dan janganlah bergaduh di laman sosial kerana hal sebegini. Bagi saya prinsip diri, masuk telinga kanan, …keluar telinga kiri terutama hal yang negatif.

Tasha juga meminta agar tiada pihak yang mengaitkan cara beliau berpakaian seksi dengan agama kerana setiap pakaian yang beliau gayakan adalah atas minatnya sendiri terhadap fesyen.

Saya mohon, jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan, saya juga diberi pernghormatan untuk muncul ketika acara fesyen. Mungkin saya nampak seksi kerana semakin kurus.

Pada kami tak salah pun untuk peminat tegur seseorang artis itu, itu bermakna mereka sebenarnya masih “ambil peduli” dan mahu yang terbaik buat artis berkenaan. Apa-apa pun, kita sudah diberi akal fikiran untuk fikir sesuatu yang baik ataupun buruk. Doakan agar satu hari nanti Tasha akan berhijrah ke arah yang lebih baik.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...