Terkini, seorang pelakon dan penyanyi jelita, Liyana Jasmay dikejutkan apabila dirinya telah difitnah tidak menyokong Palestin. Hal ini kerana tular di TikTok sebelum ini muka yang seiras denganya tidak menyokong isu Palestin.
Menerusi hantaran di Instagram yang telah dipadam, pelakon ini menyatakan rasa kecewa apabila dirinya menjadi mangsa netizen memberi kecaman tanpa selidik terlebih dahulu.
Jangan effort sangat cari salah orang dan beriya nak kecam tanpa rasa bersalah.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, Liyana juga meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan fitnah dan menghukum orang sesuka hati. Katanya lagi, dia mendoakan agar yang lain sentiasa bersangka baik.
Disebabkan fitnah, pelakon filem terkenal bertajuk Papadom ini dibanjiri komen negatif di laman TikToknya tanpa sebab. Namun, tak lama selepas itu ada yang memberi tahu bahawa Liyana bukan lah orang yang sama dengan individu yang disangka tersebut..
Netizen datang-datang terus kecam, tapi salah orang.
Selepas kejadian tersebut, ramai yang meminta maaf kerana terlanjur memberi kecaman tanpa berfikir panjang. Bagi pelakon itu pula, dia berharap agar dijadikan iktibar untuk yang lain agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.