“2,000 Orang Dapat Makanan Panas!” – Jualan Palestin x Vivy Yusof Berakhir, Berjaya Raih Sumbangan RM600K

Hiburan

“2,000 Orang Dapat Makanan Panas!” – Jualan Palestin x Vivy Yusof Berakhir, Berjaya Raih Sumbangan RM600K

Usahawan terkemuka, Vivy Yusof ada mengemas kini mengenai penjualan koleksi tudung,beg dan mug bertemakan bendera Palestin yang sudah pun berakhir semalam.

Maklum Vivy, koleksi tersebut laris dan ‘sold out’ sejak ia dilancarkan dan telah mengumpul keuntungan sebanyak RM600,000.

Advertisement

Keuntungan yang diperolehi itu menurut Vivy telah disalurkan kepada nGO, Viva Palestina Malaysia bagi membantu hospital, perubatan serta perkara asas seperti makanan dan tempat tinggal sementara buat mangsa perang di negara itu.

Terima kasih kepada semua yang merealisasikan perkara ini. Segala dana telah pun diberikan kepada pasukan VPM dan pagi ini sahaja, mereka sudah menyediakan makanan panas kepada lebih 2,000 mangsa, semuanya kerana anda!

Meskipun penjualan koleksi khas telah pun tamat, Vivy menyeru agar setiap orang untuk menunjukkan solidariti dan ‘awareness’ selain terus menderma bagi membantu rakyat Palestin yang berada dalam kemelut peperangan bersama Zionis pada ketika ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada aputan di bawah.

vivy yusof
7 months ago

Didakwa Ambil Kesempatan Buat Koleksi Khas 'dUCK Palestin', Vivy Yusof Nafi Semua Tuduhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...