Written by AbangNara | June 20th, 2018

Memang berpatah arang, berkerat rotan sungguh perhubungan Adam Shahz dan bekas isterinya, Fatin Afeefa. Selalunya jika selebriti bercerai, pasti ada yang gembira jika para peminat medoakan mereka berdua bertemu jodoh sekali lagi. Namun bagi Adam Shahz, dia meminta agar para peminatnya tidak mendoakan dia kembali bersama dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa. Sampai tahap macam ini sekali.

adam shahz fatin afeefa

Untuk makluman, sebelum ini Adam Shahz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya telah dibomoh oleh Fatin Afeefa sepanjang perkahwinan mereka. Malah Adam juga turut mendakwa yang Fatin telah berlaku curang ketika masih bergelar isterinya. Mungkin itu salah satu sebab mengapa Adam enggan dirinya didoakan untuk kembali bersama dengan bekas isterinya itu. Terlalu banyak kenangan pahit.

Kata Adam:-

Tidak dinafikan, memang ada yang mendoakan supaya dia kembali bersama saya. Tapi saya minta jangan doakan saya kembali bersamanya dan saya minta agar dapat jauhkan perkara tersebut. Saya sudah ‘move on’ kerana saya rasa kehidupan saya kini lebih teratur tanpa dia (bekas isteri). Malah saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak

fatin afeefa

Semoga Adam akan bertemu jodoh sekali lagi dan dapat mencari seorang ibu untuk anaknya yang kini berusia 3 tahun. Semoga Fatin Afeefa juga akan bertemu kebahagiaan dengan lelaki yang mampu membimbingnya. Senang kata, semoga kedua-dua mereka ini akan bertemu kebahagiaan masing-masing. Sama-sama kita dokan. Sumber Astro Gempak.

9 responses to Jangan Doakan Saya Kembali Bersama Bekas Isteri, Fatin Afeefa – Adam Shahz

  1. melati says:

    “Tak kenal maka tak komen..”

    9

    1
  2. cikupang says:

    boleh kiranya sesiapa bagitau mcm mana rasanya dapat bomohkan org? tgk mcm seronok je. mcm tak takut apa apa pun.

    5

    0
  3. My point says:

    Klu aku tmpt ko fatin..uiii,rsa trhina sgt.nmpk sgt kite truk gler

    15

    0
  4. fishball says:

    HUH??? ada ke orang yang nak doakan kau?? pfft perasan lebih bye

    0

    8
  5. Mat K says:

    First thing first,

    kau taknak, aku nak janda kau.

    2

    2
  6. Lily says:

    Fatin bomohkan dia? Ya ke? Hensem & kayanya dia!!!!

    4

    0
  7. kiki says:

    buruk baik dia pn dia tetap wanita yang lahirkan zuriatmu..belajar lah bsyukur tiap detik ..pling penting jgn tllu bergantung pd manusia ,sbb manusia bakal mati jd debu..bgantung segenap hati pd tuhan sj sbb tuhan la yg mciptamu..

    5

    1

Leave a Comment

Optional