Jangan Dengar Cakap Emma Maembong – Muhammad Farid Wajdi

Jangan Dengar Cakap Emma Maembong – Muhammad Farid Wajdi

Mula-mula sekali, siapakah Muhammad Farid Wajdi? Jawapan yang mudah, dia seorang pengguna Facebook. Baru-baru ini, hangat kisah pelakon dan model Emma Maembong menempelak peminat yang memperlekehkan dirinya kerana tidak mempunyai Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Muhammad Farid mempunyai pendapat dan nasihat buat adik-adik di luar sana berkenaan alasan yang diberikan Emma, bahawa masa depan kita tidak gelap tanpa pelajaran.

Adik-adik,

Jangan dengar cakap Emma Maembong. Kata dia, pelajaran ni tak penting. Kata dia SPM ni tak berapa penting. Kata dia, orang takda pelajaran tinggi pun boleh berjaya.

Adik-adik,

Memang ada orang yang tak berjaya dalam pelajaran, tapi dia kaya dan berjaya dalam hidup.

Tapi dik, berapa ramai pulak orang tak berjaya dalam pelajaran tapi dia hidup susah? Berapa ramai pulak orang yang takda pelajaran, tapi dia hidup miskin dan papa kedana?

Ramai, dik.

Malah ramai antara orang yang takda pelajaran tinggi ni, sanggup kumpulkan duit sebab nak sambung belajar balik. Ramai orang yang dah ada tanggungjawab dalam keluarga sedar bahawa pelajaran ni sangat diperlukan untok hidup lebih senang.

Adik-adik,

Emma Maembong tu artis. Dia jadi duta bagi banyak produk. Sekali jadi duta, paling kurang dapat RM10,000 sebulan. Ini paling kurang ni. Belum campur duit berlakon filem, duit berlakon drama, jadi tetamu undangan talk show, jadi pengacara, dan bisnes yang dia kembangkan.

Beza kita dengan dia, sangat jauh. Kita ni orang dalam sekolah kita pun tak kenal kita. Jadi alam dia dan alam kita berbeza. Dia artis, kita ni hanya rakyat biasa.

Tapi suatu hari nanti adikku, apabila dia dah kurang glamer, dah tak banyak berlakon drama, orang filem dah tak ambil dia berlakon, ketika itulah dia sedar bahawa dunia ini memerlukan orang yang lebih berilmu untok memegang dunia.

Jadi adikku, sebelum umur adik meningkat lebih tua, adik perlu sedar bahawa ilmu itu lebih penting dari segalanya.

Adik-adik,

Wajah tua akan memamah kecantikan. Kecacatan akan memakan bakat sukan. Kesakitan akan menghapus kuatnya tubuh badan. Namun, ilmu yang ada di minda akan sentiasa berkekalan. Ianya menjadi pedoman, dan penyuluh dalam kehidupan.

Adikku, ilmu dan agama sahaja yang menjamin kehidupan yang lebih baik. Cari lah ilmu itu walau di mana sahaja. Jangan pertikaikan orang berilmu itu miskin. Jangan persoalkan orang tak berilmu itu juga boleh kaya.

Kaya atau miskin, bukanlah satu ukuran dalam kehidupan. Yang penting bagaimana sikap kita apabila berhadapan dengan kehidupan. Jika kita tidak punya ilmu banyak, maka mudah tertipulah kita dengan orang yang lebih pandai. Jika kita tidak punya akal yang panjang, kita akan merana dilihat orang yang lebih berakal.

Adik-adikku,

Sijil dan ijazah itu memang tak penting. Tetapi kita hidup di dalam sebuah dunia yang memerlukan semua itu. Ingin bekerja kerajaan, sijil dan ijazah dipandang kira. Bekerja di syarikat swasta, sijil dan ijazah teramat penting, atau tidak, bersedialah kita sentiasa berada di bawah.

Kita dah tak boleh melawan sistem ini. Kita Perlu harungi untok hidup. Adik, nanti kau dah isteri, dah ada anak, ketahuilah kaulah orang yang akan menanggung mereka. Dalam kehidupan dalam negara yang mencabar ini, gaji kurang RM2,000 boleh dikatakan hidup suam-suam kuku. Hatta orang yang buat bisnes sendiri pun, walaupun dia sudah jadi jutawan, dia sanggup pergi belajar di universiti semula kerana tahu sijil dan ijazah tu sangat penting.

Memang rezeki ni Allah yang bagi. Memang ada banyak kes yang orang gajinya lebih kurang daripada RM2,000 hidup senang, tetapi sangat banyak kes orang yang hidupnya bergaji sedikit, hidupnya susah.

Apa yang kita perlu buat adalah sentiasa mencari jalan terbaik untok memudahkan hidup kita. Tak lain tak bukan, mencari ilmu dengan lebih banyak.

Adik-Adikku,

Kalau ada orang yang nasihatkan adik supaya tak belajar tinggi-tinggi, ketahuilah orang yang menasihati itu bukan orang yang cerdik.

Ilmu ni, dik, penting sangat. Sampai satu tahap, kau akan terhimpit dalam kebodohan sendiri. Tatkala orang lain boleh hidup senang, kita baru nak menapak ke arah itu kerana kita baru sedar bahawa kehidupan berilmu ini sangat penting nilainya.

Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zukernberg berhenti belajar pun, setelah dia bosan dengan sistem pendidikan di universiti mereka. Mereka masuk Havard. Mereka masuk Oxford. Yang kita ni, masuk UiTM pun tak tentu lagi. Mereka ni memang dah sedia bijak. Yang kita ni, peperiksaan pun terkial-kial nak dapat markah lulus.

Adik-adik,

Kubur kita lain-lain. Sebab tu abang nak nasihat benda ni waktu hidup. Sebab nanti dah mati nanti, abang dah tak boleh bantu kau lagi.

Semoga kau selamat mengharungi kehidupan dik.

Kalau kau malas menjadi pandai, maka menderitalah kau menjadi bodoh.

Sekian.

Begitulah komen pajang Muhammad Farid. Ada juga benar katanya. Bukan semua orang memiliki wajah yang cantik jelita dan bakat berlakon seperti Emma. Kalau tiada sijil SPM hilang punca juga dibuatnya.

Apa pun, kita ambil yang baik dan buangkan yang tidak elok, tak gitu?

Penyertaan untuk Lantai Cilik 3 oleh kumpulan Teratak dari SK Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor. #mysenibudaya #lantaicilik3 #penyertaanlantaicilik3 #lc3 #penyertaanlc3

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 10 July 2015

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...