“Jangan Buli Adik Saya, Dulu Boleh Kau Gertak Sekarang..” – Tak Puas Hati Nama Tak Disebut Suami, Kakak Adira ‘Warning’ Datin Red

Hiburan

“Jangan Buli Adik Saya, Dulu Boleh Kau Gertak Sekarang..” – Tak Puas Hati Nama Tak Disebut Suami, Kakak Adira ‘Warning’ Datin Red

Selepas isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Red meluahkan rasa kurang senang suami memuji isteri kedua, Adira Suhaimi yang banyak membantu sepanjang lima tahun hidup susah, kakak penyanyi terbabit tampil bersuara.

Emma Suhaimi tak dapat tahan sabar

Membalas perkongsiaan Datin Red di Instagram Storynya, Emma Suhaimi berkata dirinya sudah tidak dapat bersabar lagi dengan wanita terbabit dan enggan adiknya terus-menerus dibuli.

Advertisement

Orang lain (Adira) yang kau cakap itu selalu tolong kau. Kau jangan lupa mention sikit baik orang. Asyik nak tunjuk kau punya sabar.

kakak adira

Dalam pada itu, Emma turut berkata dirinya tidak mampu untuk berdiam diri lagi apabila melihat Adira dibuli oleh Datin Red lagi.

Adira menangis tonton video luahan Datuk Red

Terkesan dengan luahan rasa kurang senang Datin Red, Emma mendedahkan Adira menangis-nangis apabila menonton video luahan Datuk Red mengenai kesusahan yang dialami selama bertahun-tahun ini.

Semalam orang itu menangis-menangis tengok video lakinya pun diam tak tunjuk. Kita ikut menangis sekali dik.

Sekadar info, melalui temubual pihak media bersama Datuk Red sebelum ini, dia mendedahkan dirinya sudah muflis sejak tahun 2019 dan tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EMMA SUHAIMI (@emmasuhaimi)

datin red
8 months ago

"Pinjam Duit Orang Lain Kau Sebut, Pinjam Duit Aku Taknak Cerita Sampai Jual Tanah Nak Tolong..." - Datin Red Selar Siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...