“Jangan Buat Provokasi Di Set” – Shahrulezad Beri Amaran Kepada Pelakon Anti-Vaksin

Hiburan

“Jangan Buat Provokasi Di Set” – Shahrulezad Beri Amaran Kepada Pelakon Anti-Vaksin

Penerbit syarikat produksi Radius One Sdn Bhd dan pengarah, ShahrulEzad Mohameddin memberi amaran kepada pelakon-pelakon yang enggan mengambil vaksin membuat provokasi di lokasi pengambarannya.

3 years ago

"Ada Yang Dabik Dada Boleh Shooting Tanpa Vaksin, Siap Cakap Jangan Jealous"

Advertisement

Menurut penerbit tersebut, dia enggan mempertikaikan hak mereka yang tidak mahu mengambil vaksin selagi pihak kerajaan tidak mewajibkan bagi setiap masyarakat Malaysia mengambilnya.

Suka hati kamulah. Tapi tolong jangan buat provokasi di set. Jangan sengaja mencetuskan provokasi yang kononnya tanpa vaksin pun kau boleh meloloskan diri sertai kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Kenyatan ini dikeluarkan bagi mengulas hantaran Facebook yang dibuat oleh pelakon, Fauziah Nawi yang mendakwa ada penerbit menggunakan pelakon tidak divaksin secara senyap-senyap.

Menurut Shahrulezad, akibat kesombongan dan sudah semestinya kejahilan beberapa selebriti ini, habis semuanya turut terpalit sama.

Dalam pada itu, dia turut menasihati kru dan artis supaya melaporkan dengan segera kepada penerbit jika mendapat tahu ada dikalangan kru atau artis yang menipu dalam hal ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...