Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ada Yang Dabik Dada Boleh Shooting Tanpa Vaksin, Siap Cakap Jangan Jealous”

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif. Berita baik ini sudah tentu memberi kelegaan kepada penggiat seni yang menantikan peluang untuk kembali bekerja.

Advertisement

Kelonggaran ini diberikan hanya kepada penggiat seni dan pekerja yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Walau bagaimanapun, timbul pula dakwaan ada individu yang masih belum menerima suntikan vaksin mengambil kesempatan di atas kebenaran ini.

Terbaru, seniwati Fauziah Nawi menegur sikap artis dan penerbit yang mengambil ringan mengenai arahan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) penggambaran. Menurutnya, artis tersebut tidak perlu mendabik dada ditawarkan shooting walaupun tidak divaksin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Jelasnya lagi, perbuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan penggiat seni yang lain. Dia tidak mahu kebenaran penggambaran ditarik balik hanya kerana segelintir orang yang pentingkan diri sebegini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Advertisement

Seniwati ini turut mengingatkan individu tersebut supaya tidak membuat sebarang provokasi dan sombong dengan tawaran pekerjaan yang diterimanya. Menurut Fauziah lagi, tiada siapa yang cemburu dengan tawaran itu namun berharap tidak menguar-uarkannya kerana bimbang akan menimbulkan masalah kelak.

Meninjau ke ruangan Instagram, pengarah terkenal Michael Ang dan Shahrulezad Mohameddin turut mempersoalkan tujuan artis berkenaan membuat provokasi. Disebabkan kesombongan itu, ada pihak yang akan terpalit dan dituduh ‘pejam mata’. Katanya, jangan disebabkan individu itu, industri perfileman terpaksa ditutup semula.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    September 9, 2021 at 2:02 pm

    jeles kepala bapak kau

  2. aduhaduh

    September 8, 2021 at 9:54 pm

    sorry to say, cara dia cakap mmg nampak jeles…

  3. Wekkkkkkk

    September 8, 2021 at 4:04 pm

    dri kata2 tu, aku dh tahu siapa dia sinis..”tak keruan org tu, termkn cili burung kepedasannya”.

  4. rita mkn taik!

    September 8, 2021 at 3:15 pm

    rita kh mak ? dia sejak kblkngn ne meroyan nak mati.. kata nak berubah dktkn diri pd Allah, p perangai mcm org jahil, slalu suka sngt mahu dikecam… rita rita

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top