Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Penggambaran Baki Drama Disambung, Tapi Lana Nodin Belum Ambil Vaksin Sebab Menyusu Anak

Lana Nodin dan Sharifah Rose

Kerana tidak mahu melengahkan masa lagi, penerbit Creative Skill Solution Sdn Bhd iaitu Suriyati Sidek berkata pasukan produksi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan kembali bekerja sekitar minggu hadapan bagi menyelesaikan saki-baki penggambaran di sekitar Lembah Klang.

Advertisement

Dalam pada itu, apabila mengulaskan isu mengenai status pelakon Lana Nodin yang turut berlakon dalam drama tersebut, penerbit itu berkata pihaknya sedia maklum tentang hal membabitkan aktres berkenaan.

Menurut Suriyati ketika ditemubual oleh mStar, aktres tersebut mempunyai surat doktor yang menunjukkan sebab kenapa tidak mengambil vaksin COVID-19.

Dia ada surat doktor. Bukan tak nak ambil (vaksin COVID-19) tapi dia ada masalah kesihatan dan juga dia menyusukan anaknya.. ada masalah.

Advertisement

Sedia maklum, nama Lana Nodin hangat diperkatakan sebelum ini di media sosial kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta dituduh sebagai golongan anti-vaksin kerana cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin itu.

Namun, pelakon itu menafikan dirinya merupakan golongan anti-vaksin, cuma dia hanya mahu menunggu vaksin COVID-19 ini betul-betul selamat untuk digunakan kerana sehingga kini ia masih dalam proses ujian klinikal.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Kita nak boikot

    September 8, 2021 at 10:12 pm

    sorry la kepada pelakon2, krew2 & pengarah2 drama yg dia berlakon. kita nak boikot lakonan dia sehingga dia jilat balik apa yg dia ludah kepada KKM/DG. Dahlah tak tau bezakan peranan jawatan DG dengan menteri2 politik. tiber nak suruh DG letak jawatan. Kelakar.
    Kami pun ada hak untuk boikot pelakon mulut celupar yg x fikir panjang ni.

  2. Xxxx

    September 8, 2021 at 6:13 pm

    X faham..bukan ke org berpenyakit lagi diutamakan utk ambil vaksin? Kecuali lah dia mmg ada allegic yg tahap bahaya..ibu menyusu pun boleh ambil vaksin kann..kompiusss

  3. Anonymous

    September 8, 2021 at 5:20 pm

    setuju

  4. frontliner

    September 8, 2021 at 2:51 pm

    disebabkan kenyataan dia sebelum ni (fitnah yang x berasas) banyak perlekehkan usaha frontliners yg dah bertungkus lumus berkorban untuk rakyat & negara, aku nak ajak semua frontliners, ahli keluarga & saudara2 frontliners untuk boikot semua lakonan/iklan/produk dia. banyak lagi cerita berkualiti hasil dari lakonan pelakon berkualiti yg kita boleh tengok. Hopefully lepas ni kalau anak tiba2 diambang maut macam dulu, dia xkan pergi ke hospital/ijn frontliners yg dia kutuk ni. #frontlinerskecilhati #pengorbananfrontlinersdihina
    #frontlinerstakmintapujianpon
    #tapijanganmenghinadanmemfitnahkami

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top