Penerbit syarikat produksi Radius One Sdn Bhd dan pengarah, ShahrulEzad Mohameddin memberi amaran kepada pelakon-pelakon yang enggan mengambil vaksin membuat provokasi di lokasi pengambarannya.
Menurut penerbit tersebut, dia enggan mempertikaikan hak mereka yang tidak mahu mengambil vaksin selagi pihak kerajaan tidak mewajibkan bagi setiap masyarakat Malaysia mengambilnya.
Suka hati kamulah. Tapi tolong jangan buat provokasi di set. Jangan sengaja mencetuskan provokasi yang kononnya tanpa vaksin pun kau boleh meloloskan diri sertai kami.
View this post on Instagram
Kenyatan ini dikeluarkan bagi mengulas hantaran Facebook yang dibuat oleh pelakon, Fauziah Nawi yang mendakwa ada penerbit menggunakan pelakon tidak divaksin secara senyap-senyap.
Menurut Shahrulezad, akibat kesombongan dan sudah semestinya kejahilan beberapa selebriti ini, habis semuanya turut terpalit sama.
Dalam pada itu, dia turut menasihati kru dan artis supaya melaporkan dengan segera kepada penerbit jika mendapat tahu ada dikalangan kru atau artis yang menipu dalam hal ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.