Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video yang dikongsikan oleh seorang pegawai kesihatan yang melarang tindakan orang ramai yang sering melakukan ujian kendiri RTK dan PCR berulang kali selepas beberapa hari bebas dari virus Covid-19.
Menerusi video tersebut, pegawai kesihatan itu menjelaskan bahawa ujian PCR yang sering dilakukan itu hanyalah untuk mengesan kehadiran ribonucleic acid (RNA) bagi virus yang terdapat dalam tubuh badan seseorang.
Menurutnya, kehadiran virus dalam diri seseorang itu akan bertahan dalam dua minggu dan hilang dengan bantuan vaksin dan juga beberapa ubat yang diberikan.
Kenapa selepas positif Covid tak perlu buat PCR dalam masa dua bulan. Kita buat PCR hanya untuk kesan RNA detected ataupun not detected.
Jelasnya lagi, walaupun seseorang itu telah sembuh selepas dua minggu, sel-sel dari virus masih lagi ada.
Jadi, sekiranya ujian PCR dilakukan, seseorang itu akan disahkan positif Covid-19 sekali lagi namun tidak merbahaya seperti sebelumnya.
@dodosentoso Jangan noya buat PCR byk byk kali lepas dah positive recently. Ingat ni sampaii mati. Tolong mdno share info ni boleh.?? #covid19 #rtpcr #medicallabscientist #fyp
? original sound – Pak Cik Bakar Baharo – Pak Cik Bakar Baharo
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas penerangannya yang jelas dan sangat mudah difahami.
“Bagus explaination, boleh jadi lecturer, analogy tu bagus la,” tulis seorang netizen.
“Betul, after 10 days, virus dah tak aktif dan dia dah tak boleh menjangkiti. Tapi, kalau test, memang detected lagi. Cuma dah tak boleh menjangkiti,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.