“Jangan Boikot Mcd Malaysia Sebab…” – Mufti Pulau Pinang

Kehidupan

“Jangan Boikot Mcd Malaysia Sebab…” – Mufti Pulau Pinang

Kerana konflik yang berlaku ketika ini, ramai mula bersepakat untuk memboikot produk buatan Israel dan negara-negara yang menyokongnya.

Disebabkan kekejaman terhadap rakyat Palestin, ramai bersatu dan nekad untuk bersama-sama berjihad untuk saudara Islam di sana.

Advertisement

Antara jenama besar yang terkesan dengan kempen boikot ini sudah tentulah restoran rantaian makanan atau minuman seperti McDonald’s dan Starbucks.

Namun, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan masyarakat di Malaysia untuk tidak memboikot McDonald’s Malaysia.

Ia kerana pihak pengurusan syarikat itu sebelum ini sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

Katanya, syarikat berkenaan turut mengeluarkan zakat yang ditetapkan menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri di Malaysia.

Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja.

mufti

Terdahulu, beliau mengeluarkan kenyataan mengatakan tidak salah jika umat Islam kerja di syarikat produk Israel sekiranya tiada pekerjaan lain. Namun, di Malaysia ini terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia dan hanya perlu rajin untuk mencarinya.

mcd
1 year ago

"Rakyat Malaysia Ni Hangat-Hangat Tahi Ayam Je.." - Ramai Pakat Boikot McD, Ini Respon Michael Ang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...