Hujung minggu lalu, media negara Brunei mengumumkan bahawa salah seorang kerabat diraja Brunei iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2024 bersama wanita pilihan iaitu Dayang Anisha Rosnah Adam yang juga cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa.
Berita itu nampaknya telah membuatkan peminat Putera Mateen yang kacak itu patah hati dan kecewa nampaknya.
Menjengah ke media sosial, ramai peminat terutamanya wanita tidak kiralah dari negara Brunei, Indonesia dan juga Malaysia yang ‘menangis di bucu katil’ gara-gara pengumuman itu.
Hari patah hati sedunia, my crush prince mateen.
Cantik betul bakal isteri crush aku. Kecewa jugak lah brb nak menangis.
Malah, ada yang mengkritik peminat wanita yang keterlaluan sehingga dikatakan mula menganggu Dayang Anisha di media sosial.
Terdahulu, RTB Brunei melaporkan istiadat perkahwinan pasangan ini bakal berlangsung selama 10 hari dan majlis akad nikah akan dilaksanakan pada 11 Januari 2024.
Putera Mateen merupakan anakanda kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah bersama pasangan, Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.