Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad sekali lagi menyediakan 10 buah bas persiaran buat rakyat yang mahu pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Memahami golongan kurang berkemampuan
Kata Hafiz, tahun ini merupakan tahun keempat dia meneruskan tradisi menyediakan bas percuma buat orang ramai kerana memahami ada yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk pulang beraya di kampung.
View this post on Instagram
Menurutnya lagi, dia berharap agar dengan bantuan ini dia mampu untuk menolong golongan tidak berkemampuan pulang ke kampung halaman dan beraya bersama keluarga.
Jangan batal saat akhir dan book main-main. Kasihan saya nanti. Baik kita beri peluang pada mereka yang memerlukan.
Netizen terharu dengan Hafiz
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana wujudnya influencer yang mengambil berat tentang kesusahan golongan yang kurang kemampuan.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga mendoakan agar Hafiz Mahamad diberi keberkatan di bulan mulia ini atas inisiatifnya yang membuatkan ramai orang berasa bahagia.