“Harap Cukup Untuk Kos Pembinaan Rumah..” – Hafiz Mahamad Turun Padang, Sumbang RM30K Untuk Keluarga Rumah Terbakar

Kehidupan

“Harap Cukup Untuk Kos Pembinaan Rumah..” – Hafiz Mahamad Turun Padang, Sumbang RM30K Untuk Keluarga Rumah Terbakar

Baru-baru ini, usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad telah memberikan sumbangan sebanyak RM30K kepada sebuah keluarga yang terjejas akibat kebakaran rumah mereka beberapa hari sebelum Ramadan tiba.

Bantu kos pembinaan rumah

Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan di TikTok, Hafiz terlihat hadir sendiri ke kediaman rumah keluarga berkenaan yang habis dijilat api. Rumah tersebut bertempat di Jalan Lahar Yoor, Pulau Pinang.

Advertisement

Usahawan ini juga telah bertemu dengan pemilik rumah tersebut yang berusia 50 tahun. Dia juga menasihati dan memberi kata-kata semangat pada individu tersebut agar sabar dalam menghadapi dugaan. Tambahan pula, bagi bantu meringankan beban, Hafiz telah menyerahkan cek sebanyak RM30K kepada pemilik rumah itu.

Gunalah sebaiknya, saya keluarkan RM30K ini untuk anda sekeluarga. Tak banyak saya dapat bagi tapi harap cukup meringankan untuk kos pembinaan rumah nanti.

 

Ini semua rezeki Allah bukan dari saya ya.

@hafizmahamad♬ original sound – Hafiz Mahamad

Reaksi netizen

Dalam pada itu, melihat video tersebut, orang ramai turut berterima kasih kepada Hafiz yang sanggup menghulurkan bantuan berbentuk cek kepada keluarga itu meskipun tidak saling mengenali sebelum ini.

Namun begitu, ada juga yang menganggap perbuatan usahawan itu tidak patut ditayang di media sosial dan cukup sekadar Hafiz yang tahu.

RM30K, Allahu banyaknya. Terima kasih Abang Hafiz.

 

Rezeki elok dibagi kepada yang merlukan baru berkat kita berniaga.

 

Rahsia sedekah lebih baik. Tangan kanan memberi. Tangan kiri taktahu. Itu lebih baik

 

Hebatnya dia. Kaya tapi tak sombong. Maafkan segala kekhilafan dia sewaktu di tanah suci. Sama-sama kita semua tambah ilmu agama.

tiktokSumber : TikTok  

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial yang melihatkan tiga orang individu yang dipercayai keluarga yang tinggal di rumah tersebut menangis teresak-esak melihat rumah mereka yang telah hangus terbakar.

hafiz mahamad
2 months ago

(VIDEO) "Dah Puas Dah Buat Content?" - Bersungguh-Sungguh Nak Bagi Staf Wanita Cium Hajarul Aswad, Hafiz Mahamad Teruk Dihentam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...