Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan rajin bersenam, penyanyi Nourul Depp khabarnya sudah mula beriadah di gimnasium setelah beberapa minggu menyesuaikan diri dengan kediaman barunya di Bali, Indonesia.
Kembali aktif di pusat kecergasan itu, Nourul berkata aktiviti tersebut adalah sebagai salah satu inisiatif bagi menjaga bentuk tubuh badannya.
Hari pertama masuk gym selepas dua minggu daftar. Satu rumah tak sihat minggu lalu. Sedang cuba membiasakan diri dengan persekitaran baru. Alhamdulillah minggu ni semua dah okat. Kembali untuk membina kekuatan saya. Senaman bantu 20% saja untuk kurus. Banyak membantu organ dalaman dan otot serta detox.
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak ini juga sempat memberikan tips bagi mereka di luar sana yang berhasrat untuk menurunkan berat badan.
Kata Nourul, perlu ada keseimbangan dalam bersenam dan pengambilan makanan bagi mendapatkan nutrisi yang baik.
Jangan main bersenam ja sampai jatuh sakit na. Kalau tak ada nutrisi yang bagus, memang akan jatuh sakit. Jangan pi bantai nasi lemak atau roti, sekilo lepas senaman na. Tak akan kuruih, percayalah.
Sekadar info, Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia bersama suami, Eric Daniel Depp bersama tiga orang anak mereka, Zachary,8, Raphael,6, Isabella,2.
Manakala anak sulung Nourul hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, komposer Ajai iaitu Ayu Nazirah,23, tidak mengikuti ibunya ke Bali.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.