Terpisah Beribu Batu, Nourul Depp Jadikan Panggilan Video Pengikat Kasih Antara Puteri Sulung

Hiburan

Terpisah Beribu Batu, Nourul Depp Jadikan Panggilan Video Pengikat Kasih Antara Puteri Sulung

Penyanyi senior Nourul Depp mengakui semakin serasi dengan kehidupan baharu di pulau peranginan popular, Bali walaupun amat merindui anak sulungnya di Kuala Lumpur.

Nourul Depp
2 bulan lalu

"Saya Selamat, Saya Tak Rasa Pun Gegaran Gempa Bumi Tu.." - Nourul Depp

Advertisement

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab berkata panggilan telefon dan video menjadi pengikat kasih antara mereka yang terpisah beribu batu. Tambahan pula anak sulungnya, Ayu Nazirah, 23, turut mengendalikan program Divakurus by Nourul Depp di tanah air.

Nourul Depp

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Kerana Terluka itu berkata anak-anak kini sudah mula menjalani rutin harian ke sekolah sekali gus membuatkan rutin harian mereka bertambah aktif, namun pada masa sama anak-anak teruja bertemu rakan baharu dan mendekati budaya di sini.

Melihat anak-anak seronok berkongsi cerita di sekolah serta melihat perkembangan sekeliling dengan rasa gembira menjadikan momen yang kami lalui kini semakin menyeronokkan.

Sebagai seorang ibu, tentu hati dan perasaan Nourul sentiasa teringat pada puteri sulungnya, Ayu tambahan pula ketika adik-adiknya sering bertanyakan bila kakak mereka akan datang.

Advertisement

Nourul, 44, merealisasikan impiannya dan suami, Eric Daniel Depp sejak tiga tahun lalu untuk berpindah ke pulau peranginan itu demi anak-anak mereka.

Sebelum ini ramai pernah tertanya-tanya punca puteri sulungnya tidak menyertai mereka dan Nourul memaklumkan perkara tersebut melibatkan proses dokumentasi selain anaknya itu bukan di bawah umur.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    October 29, 2021 at 12:31 pm

    ooo kkk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...