“Jangan Asyik Nak Bash..” – Sherry Al-Hadad ‘Kondem’ Buat Pembedahan Untuk Kurus, Aishah Jawab Balik..

Hiburan

“Jangan Asyik Nak Bash..” – Sherry Al-Hadad ‘Kondem’ Buat Pembedahan Untuk Kurus, Aishah Jawab Balik..

Sejak penyanyi veteran, Aishah dapat menurunkan berat badannya, banyak komen-komen negatif yang diterima serta ramai persendakan bentuk badan yang semakin kurus.

Aishah atau nama sebenarnya, Dato’ Wan Aishah Wan Ariffin sememangnya berasa kecewa serta bengang dengan komen yang diterima, lagi-lagi apabila selebriti, Sherry Al-Hadad turut mengkritik penyanyi tersebut membuat pembedahan bariatrik.

Advertisement

Menurutnya, dia terluka apabila pengacara berkenaan menggunakan perkataan ‘jalan mudah’ kerana melakukan pembedahan untuk menurunkan berat badan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Melalui perkongsiaan video di Instagramnya, penyanyi berumur 57 tahun itu menasihati semua pihak termasuk Sherry agar tidak memandang rendah kepada individu yang menjalankan pembedahan bariatrik.

Ada di antara kami, ia adalah satu-satunya cara untuk memulihkan seribu salah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan obesit.

Dalam pada masa yang sama, dia tidak kisah jika ada mana-mana individu yang mahu menjual produk kurus tetapi meminta agar jangan sesekali perlekehkan keputusan orang lain menjalani pembedahan bariatrik atau dikenali sebagai pemotongan usus.

Turut menegaskan, Aishah tidak mahu menyusahkan anak-anak sekiranya dia jatuh sakit dan kerana itulah penyanyi berkenaan memilih untuk buat pembedahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Baru Tahu Ada Penaja Muflis.." - Selepas 5 Tahun, Aishah Akhirnya Berjaya Tuntut Hadiah GV4

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...