“Baru Tahu Ada Penaja Muflis..” – Selepas 5 Tahun, Aishah Akhirnya Berjaya Tuntut Hadiah GV4

Hiburan

“Baru Tahu Ada Penaja Muflis..” – Selepas 5 Tahun, Aishah Akhirnya Berjaya Tuntut Hadiah GV4

Sebelum ini, penyanyi legend Datuk Aishah dilaporkan masih belum menerima hadiah yang dijanjikan selepas memenangi program realiti, Gegar Vaganza (GV) pada tahun 2017.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin terkilan apabila perkara ini terpaksa diheret sehingga ke mahkamah bagi mengambil tindakan selanjutnya terhadap seorang penaja yang berjanji untuk memberikan hadiah tanah lot banglo.

Advertisement

Dalam perkembangan terbaru, pelantun lagu Bahtera Merdeka itu bersyukur apabila selepas 5 tahun menunggu, isu tuntutan hadiah tanah lot banglo itu akhirnya selesai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Aishah memaklumkan persetujuan ini telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak plaintif dan defendan serta diakui mahkamah.

Tahniah kepada Datuk Aishah.. tuntutan ini selesai.

Peguam, Mohammad Izwan Izwan Azmi berkata pihak penaja telah tampil dengan satu dokumen dengan tawaran penyelesaian sebelum dipersetujui oleh anak guamnya. Namun, masih terdapat beberapa tindakan serta bayaran yang perlu dijelaskan terlebih dahulu oleh mereka.

Baru tahu salah seorang defendan adalah seorang yang muflis.

Dalam pada itu, Aishah bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila salah seorang pihak penaja bersikap tidak jujur kerana tidak memaklumkan mengenai statusnya yang muflis sejak daripada awal dan hanya diketahui selepas tiga hari perbicaraan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dah Berjanji, Tunaikan Lah!" - Masih Belum Terima Hadiah GV4, Aishah Terkilan Dengan Penaja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...