Menjelang bulan Ramadan, pastinya yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang adalah kemeriahan bazar menjual aneka jenis makanan dan minuman.
Namun, sering kali kita membaca kisah mengenai pembeli yang ‘kecewa’ dengan rasa makanan yang dibeli di bazar kerana tidak sedap atau ‘indah khabar dari rupa’.
Seperti perkongsian seorang individu ini di Twitter ini, dia dilihat telah berkongsi juadah yang dibelinya di bazar iaitu rangka ayam goreng namun didapati busuk kerana didakwa tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum digoreng dan dijual kepada orang ramai.
Katanya, dalam rangka ayam itu masih terdapat perut ayam dan pedal juga tidak dicuci, hanya sekadar rangka yang dicelup tepung.
Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan. Kalau tak mampu berjual, janganlah aniaya orang macam ni sekali. Sedih abah balik beli untuk anak- anak makan. Sama-sama puasa kan? pic.twitter.com/RfgjY6kwJA
— Phikasuuu (@pikasekri) April 5, 2022
Kecewa dengan hidangan itu, ibu kepada gadis itu telah memberikan rangka ayam goreng tersebut kepada kucing dan anjing sahaja.
Dia dalam pada itu sempat memberi nasihat kepada peniaga agar tidak menganiaya pembeli dengan menjual makanan busuk seperti itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut ‘geram’ dan tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan makanan yang dijual peniaga di bazar Ramadan.
Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing di mana mereka turut ‘terkena’ dengan sikap peniaga yang acuh tidak acuh apabila menyediakan makanan untuk dijual kepada pelanggan.
Manakala netizen turut menyarankan agar mereka di luar sana yang mempunyai pengalaman yang sama untuk membuat laporan kepada KKM kerana telah menjual makanan kotor di samping kewajipan peniaga untuk mempunyai sijil pengendalian makanan sebelum berniaga.