July 6th, 2014

Kes mahkamah Awie yang didakwa memukul isterinya, Rozana Misbun sememangnya menjadi bualan ramai. Adakah Awie akan terbukti bersalah atau dakwaan ini sekadar palsu? Rasanya pasti ramai yang tidak sabar untuk mengikuti perbicaraan kes ini. Namun seperti yang kita tahu, selagi tak dibuktikan bersalah di mahkamah, setiap orang mempunyai hak untuk membela diri sendiri.

awie dan isteri

Ada benarnya kata-kata Awie yang memohon agar dirinya tidak diadili terlebih dahulu oleh orang ramai tanpa mengetahui cerita sebenar. Bukan mahu menyebelahi Awie, namun bagi Abang Nara, orang kita kadangkala memang cepat menuding jari walaupun siasatan sedang berlangsung. Kata Awie:-

Hikmah kejadian ini sebenarnya hanyalah untuk mereka yang terpilih saja..terpilih olehNYA. Mungkin sudah terlalu banyak orang beranggapan buruk pada saya tetapi mungkin tidak di mataNYA.

Alhamdulillah, benda ini terjadi pada diri saya dan bukan pada diri keluarga isteri saya. Masyarakat mungkin sudah lali dengan anggapan jahat terhadap diri saya tetapi bukan terhadap keluarga isteri saya.

Kalau kena kepada keluarga isteri saya, mungkin mereka tidak boleh tahan dan tidak boleh terima keadaan ini. Tetapi, ianya berlaku ke atas diri saya.

Alhamdulillah…eh boleh saya sebut ke saya sebut Alhamdulillah, nanti ada yang marah? Tuduhan dibuat oleh isteri saya, saya terima tetapi mahkamah yang akan menentukan segalanya.

Jangan adili manusia selagi tiada kepastian yang nyata dan cerita yang sebenarnya. Insya Allah, kita sama-sama tunggu dan lihat.

Berjayanya lelaki, pasti ada seorag wanita dibelakangnya. Kalau saya sekarang ini nak dikategorikan apa? Wallahualam

awie dan isteri

Abang Nara pasti sistem keadilan di Malaysia akan dapat membuktikan siapa yang berada di pihak yang benar. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes ini.


Comments are closed.

Loading...