Written by AbangNara | July 4th, 2014

Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula.

Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikan jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin. Awie hadir ke Mahkamah Majistret Ampang di sini di temani sekumpulan rakan-rakannya. Awie diwakili dua peguam iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran. Manakala pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.
awieMengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini. Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Kesekaaan.

Awie turut ditemani oleh anggota Wings seperti Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain. Awie enggan mengulas lanjut dan menyerahkan segala urusan kepada peguamnya. Jelas Awie dia enggan memberikan kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah. Info asal Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

91 responses to Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

  1. cincinperak says:

    Makanan goreng boleh tambah ajinomoto…

  2. Akusebatangkara says:

    Jantan tak guna

  3. jang nara says:

    Di bln yg mulia ni jgn la terlalu mggunakan bhasa yg kasar2..kte xtau hjg pgkal lg..

  4. […] Kes mahkamah Awie yang didakwa memukul isterinya, Rozana Misbun sememangnya menjadi bualan ramai. Adakah Awie akan terbukti bersalah atau dakwaan ini sekadar palsu? Rasanya pasti ramai yang tidak sabar untuk mengikuti perbicaraan kes ini. Namun seperti yang kita tahu, selagi tak dibuktikan bersalah di mahkamah, setiap orang mempunyai hak untuk membela diri sendiri. […]

  5. […] Kes mahkamah Awie yang didakwa memukul isterinya, Rozana Misbun sememangnya menjadi bualan ramai. Adakah Awie akan terbukti bersalah atau dakwaan ini sekadar palsu? Rasanya pasti ramai yang tidak sabar untuk mengikuti perbicaraan kes ini. Namun seperti yang kita tahu, selagi tak dibuktikan bersalah di mahkamah, setiap orang mempunyai hak untuk membela diri sendiri. […]

  6. Naia says:

    habis tu siapa yg pukul? isteri jatuh longkang ke?

  7. tok jangut says:

    Awieeee…jngut ko ja yg pnjng.akal pndk

  8. nabil says:

    Bini awie tu curi duit awie 250 ribu ..awie simpan duit tu utk anak_anak.kalau aku pun bengang dpt bini bodoh camni.

  9. […] kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah. Info asal Mstar Online. sumber Tweet Pin […]