Kemunculan penyanyi lagenda, Datuk Siti Nurhaliza di pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW) pada Ahad malam telah mencuri perhatian orang ramai, ia bukan kerana busananya tetapi jam tangan yang dipakai beliau bernilai lebih RM1 juta.
Difahamkan menerusi sebuah hantaran video yang dimuatnaik di TikTok, jam tangan mewah berjenama Richard Millie bertali warna merah serta bertatahkan berlian itu hanya dipakai oleh seorang kenamaan dan selebriti antarabangsa sahaja.
Biarpun isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu memakai barangan mewah, dia tidak dilemparkan sebarang kata-kata negatif daripada netizen.
View this post on Instagram
Kebanyakkan netizen yang meninggal komen di hantaran video tersebut semuanya merasakan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu layak memiliki jam semahal itu kerana pencapaian beliau sepanjang berada di industri seni.
Dalam pada masa yang sama, satu komen yang telah menarik perhatian ramai adalah dari usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang turut memberitahu jenama jam tersebut merupakan jenama kegemarannya juga.
Sekadar info, dahulu Siti Nurhaliza juga pernah menerima seutas jam tangan berjenama mewah daripada suami tercinta sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.