“Jam 11.30 Terbayang U…” – Usikan Zizan Razak Di Hantaran Nora Danish Cuit Hati Netizen

Hiburan

“Jam 11.30 Terbayang U…” – Usikan Zizan Razak Di Hantaran Nora Danish Cuit Hati Netizen

Perkongsian pelakon dan pengacara, Nora Danish mengenai cabaran menahan lapar selepas memilih untuk tidak makan malam mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk rakan selebriti, Zizan Razak.

Menerusi Threads, Nora berkongsi pengalaman apabila cuba mengelakkan makan malam, namun mula berasa lapar sekitar pukul 11.30 malam.

Advertisement

Menurutnya, pada ketika itu dia mula terbayangkan pelbagai hidangan yang membuatkan keinginan untuk makan semakin kuat.

zizan

Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian Zizan yang turut mengakui pernah melalui situasi sama.

“I pernah juga macam tu. Tapi jam 11.30 tu i terbayang u. So how?” komen Zizan secara berseloroh.

Komen berkenaan turut mengundang reaksi pengguna media sosial yang terhibur dengan usikan tersebut.

Selain Zizan, beberapa pengguna lain turut meninggalkan komen berseloroh berhubung perkongsian Nora, termasuk menyentuh tentang makanan yang disebutnya.

Perkongsian Nora itu setakat ini mencetuskan perhatian netizen, terutama apabila perbualannya dengan Zizan menjadi antara komen yang mencuri tumpuan.

Malah ada yang mendoakan Zizan dan Nora Danish berjodohan pula!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

didie alias
2026-09-07 13:17:29

"Tak Nak Kawan Dengan Saya Lantaklah..." - Didie Alias Ulas Status Hubungan Dengan Amyza Aznan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads