Bintang terkenal Indonesia, Marshanda menerusi sebuah hantaran video di laman YouTube miliknya ada memaklumkan bahawa dia kini menjalani terapi Ketamin di Amerika Syarikat bagi mengatasi masalah tekanan yang dihadapi selama ini.
Sebelum ini, Marshanda telah disahkan menghidapi penyakit gangguan bipolar sejak zaman remaja lagi dan telah mengambil ubat-ubatan seperti antidepressant dan ubat tidur bagi membolehkan mindanya berfungsi dengan baik seperti sediakala.
Jelas Marshanda, dia disuntik dengan cairan ketamin yang dicampur dengan dengan cairan saline mengikut dos yang ditetapkan.
Tambahnya, rawatan tersebut adalah sesuatu yang dilarang di kebanyakan negara termasuklah Indonesia.
Terapi ini masih belum diterima dan dilabel haram dibanyak negara kerana bersangkut paut dengan penggunaan bahan iaitu ketamin yang disenaraikan sebagai dadah berbahaya.
Kata pelakon drama Sejuta Cinta Marshanda ini lagi, dia mendapatkan nasihat daripada dua ahli psikiatri dan disarankan untuk mendapatkan rawatan ketamin.
Sehubungan dengan itu, dia memilih sebuah klinik di New York untuk melakukan terapi tersebut sebagai rawatan pemulihan tekanan.
Sekadar info tambahan, Marshanda pernah bernikah dengan pelakon Ben Kasyafani pada tahun 2011 sebelum bercerai pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurnikan seorang anak perempuan pada Januari 2013.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.