Jalani Kuarantin Di Rumah, Mark Adam Disahkan Positif COVID-19

Hiburan

Jalani Kuarantin Di Rumah, Mark Adam Disahkan Positif COVID-19

Penyanyi, Mark Adam disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.

Perkara itu disahkan isterinya, Norazah Redzuan yang memaklumkan Mark kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan berada dalam keadaan baik.

Advertisement

Selain itu, Mark juga tidak mengalami gejala yang teruk buat masa ini dan kandungan oksigen juga baik.

Semoga cepat sembuh B. Insya-Allah semuanya pasti akan baik-baik saja. Sentiasa berfikiran positif dalam apa juga perkara.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Norazah turut menitipkan ucapan dan berharap Mark terus kuat menghadapi virus itu.

Saya tidak dijangkiti virus itu, namun mengambil pendekatan untuk menjalani kuarantin bagi memastikan kekal negatif.

Tambahnya lagi, Norazah yang juga merupakan pengurus Mark mengucapkan terima kasih di atas ingatan dan kiriman doa daripada semua pihak.

Baca: Mark Adam Syukur keluarga Selamat, Rumah Di Filipina Dibadai Taufan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...